Konvensyen MyJ 2009 MITC Melaka



Konvensyen MyJ kali ke 2 telah diadakan pada 18 & 19 Disember 2009 bertempat di MITC, Melaka dihadiri lebih daripada 3,000 ahli serta keluarga MyJ.

Pelbagai acara sukan, rekreasi & gerai jualan telah berlangsung penuh warna-warni disusuli malam kemuncak jamuan makan malam sempena perasmian Konvensyen MyJ serta upacara pelancaran Koperasi MyJ Berhad disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka iaitu Dato’ Seri Mohd Ali Rustam. Beliau turut menyeru semua rakyat Melaka khususnya & rakyat Malaysia Amnya untuk turut serta menyertai MyJ demi memartabatkan bangsa & memperkukuhkan ekonomi keluarga.

Tetamu Kehormat ‘Ayahanda’ En. Tan Kai Hee selaku pengerusi Kumpulan Hai-O sudi untuk hadir bersama-sama memeriahkan suasana. Beliau turut mengumumkan bahawa konvensyen MyJ ini adalah yang terbesar di kalangan kumpulan Hai-O.

Sekalung tahniah buat insan yang disayangi CDM Dato’ Suhaili & pasangan CDM Sazali kerana telah berjaya menyempurnakan konvensyen kali ini. Juga tahniah & terima kasih buat CDM-CDM, DDM-DDM, DSM-DSM, SSM-SSM, SM-SM seterusnya seluruh pejuang2 MyJ kerana bersama-sama menjayakan konvensyen kali ini.

Tahun hadapan CDM Dato’ telah mengumumkan kemuncak Konvensyen MyJ kali ke 3 akan diadakan di PWTC, Kuala Lumpur. Syabas!!!

0 kata-kata positif:

Related Posts with Thumbnails