Kami Adalah Perintis Di Kelantan



Tarikh : 24 Disember 2009
Masa   : 9.00 malam.


Perjumpaan rasmi bersama Top Leader MyJ project iaitu CDM Hj. Sazali bagi sesi lawatan beliau ke negeri Kelantan. Pihak kami amat berbesar hati dengan kunjungan CDM ke negeri Serambi Mekah, Kelantan Darul Naim.


 CDM Hj. Sazali bersama DDM Nazri Awe

 Turut hadir bersama beliau ialah DDM dari Muar, DDM Nazri Awe dan DDM Nuri serta DSM Saiful Adli. Tidak ketinggalan juga DDM dari Melaka, DDM Cikgu Din. Setinggi-tinggi penghargaan buat mereka juga.


DDM Cikgu Din, DDM Nuri bersama pejuang MyJ


Bermula dengan Program MPP di Bangunan MARA, dan diteruskan dengan agenda perbincangan khas antara ke semua pejuang MyJ Kota Bharu. Maka, jelaslah bahawa perjuangan ini membawa mandat besar untuk terus utuh dan kukuh di masa akan datang.


 Perbincangan khas bersama ahli dilakukan secara santai dan terbuka
kepada ahli yang ingin memberi pandangan dan pendapat mereka.


Potensi perjuangan MyJ amat jelas di Kelantan kerana masih ramai yang belum didedahkan dengan projek usahawan MLM ini. Projek yang pasti memberikan kegemilangan dan memartabatkan bangsa Melayu khususnya di negeri Kelantan.

Dengan MyJ Kota Bharu sebagai skuad perintis utama, nescaya bumi rahmat Kelantan akan ditakluki dalam masa terdekat ini. Inilah sebenarnya punca dan asas perjuangan memartabatkan bangsa Melayu. Sudah tidak dapat dinafikan lagi, projek MyJ sangat berkesan sehinggakan sudah banyak bukti yang jelas terpapar dimuka akhbar dan majalah tempatan.


Sesi ramah mesra bersama dan bertukar pandangan 
di Alamaya Lodge, Kubang Kerian.

Insyallah, Kami dengan hati yang ikhlas ingin membuka peluang perjuangan ekonomi ini kepada mereka yang ingin berubah. Insyallah ia berkat sehingga ke akhirnya.



"Tanpa Usaha dan Keyakinan Mimpi Takkan Menjadi Kenyataan.
Wahai sahabat-sahabat MyJ seluruh Malaysia. 
Kita jumpa di Puncak!!"

0 kata-kata positif:

Related Posts with Thumbnails