Gerak Kerja Bermula Lagi..

Perjumpaan sempena Hari Raya Aidil Adha ke-4 ahli MYJ bermula di Alamaya Lodge, Kubang Kerian. Seramai 12 orang ahli dan saudara baru berkumpul untuk berkongsi pendapat dan pandangan masing-masing serta mengemaskini kemajuan pergerakan ahli MyJ dibawah pimpinan DDM Awe.

Kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh DDM yang turut turun padang bagi berjumpa semua rakan ahli yang dapat hadir untuk berkongsi pengalaman baru dan memberikan kata-kata semangat dan ucapan selamat datang kepada muka baru. Selain itu juga, ucapan tahniah dan terima kasih juga ditujukan kepada semua ahli yang telah berpangkat SSM walaupun hanya baru masuk usia sebulan beliau mengikuti program MYJ. Inilah kehebatan sebenar gerak kerja MYJ kami.

Kumpulan kami, pejuang MYJ yang disifatkan sebagai "ayam kampung", merungkai erti kata-kata DDM Awe yang banyak memberikan sejuta makna buat perjuang MYJ yang berusaha memartabatkan bangsa melayu yang jauh ketinggalan dari segi ekonomi.

Kata beliau, jika dikaji apakah yang tersirat daripada istilah tersebut ialah :

"ayam kampung adalah seekor ayam yang boleh mencari makanannya sendiri dan bukan seperti ayam bandar yang hanya menunggu dedak yang diberi oleh tuannya"

Walaupun mereka ini hanya mendengar sinis nama beliau melalui bualan rakan-rakan yang terlebih dahulu mengikuti MYJ, kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh setiap muka baru untuk mengucapkan salam perkenalan dan menimba ilmu secara depan-depan.

Amanat dan gerak gempur kali kedua telah diberikan dengan penuh semangat oleh beliau dan insyallah gelombang kedua pasti akan memecahkan tebing keramat Kota Bharu. Hidup MYJ!!!

0 kata-kata positif:

Related Posts with Thumbnails