Sahabatku sekalian…
Dalam keghairahan kita menarik duit dan mengecapi hidup yang sempurna, jangan sesekali kita lupa pada yang tiada. Hendaklah kita sentiasa bersyukur di atas nikmat yang Allah berikan pada kita pada hari ini.
Sedekeh? Sudahkah anda bersedekah hari ini? Bersedekah merupakan satu perbuatan yang sangat mulia di sisi Allah. Bersedekahlah setakat yang kita termampu dengan penuh keikhlasan insyaAllah akan dibalas dengan rezeki yang lebih banyak lagi. Di samping kita membantu meringankan beban orang lain, dapat juga kita menginsafi diri kita bahawa bukan semua insan di dunia ini bertuah macam kita.
Marilah kita membantu sesama insan semoga rezeki yang Allah berikan dapat dinikmati bersama-sama. Sahabatku rakan seperjuangan...Rezeki dan kekayaan datangnya dari Allah. Kesusahan dan kepayahan juga datangnya dari Allah. Allah memberi dan menarik rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Amat mudah bagi-Nya menarik balik setiap apa yang dikurniakan kepada kita seandainya kita alpa dengan nikmat-Nya.
Di penghujung Ramadhan yang mulia ini, marilah kita perbanyakkan bersedekah dengan niat untuk membantu orang lain. Bukan kerana dipaksa atau menunjuk-nunjuk. Semoga hidup kita diberkati oleh-Nya selalu.Amin.
0 kata-kata positif:
Post a Comment