Bismillah...
“…Allah telah memberkati kamu dengan hari yang lebih baik iaitu Aidil Fitri. Aidilfitri adalah hari kemenangan buat umat islam setelah sebulan kita berpuasa. Kita dituntut untuk bergembira, bermaaf-maafan bersama sanak saudara dan rakan taulan serta tidak lupa untuk mengingati Allah.
"Ramadhan hampir berlalu, Syawal pula menjelang tiba sebagai tanda berakhirnya ibadat puasa yang merupakan rukun Islam yang ketiga. Moga setiap amalan yang dikerjakan di bulan Ramadhan berterusan dilaksanakan sehingga bertemu yang seterusnya tahun hadapan, InsyaAllah.
Syawal merupakan bulan kemenangan bagi seluruh umat Islam setelah berjaya menahan nafsu amarah, dari lapar, dahaga serta mengawal anggota badan daripada melakukan perkara yang dilarang. Namun tidak bermakna berakhirnya Ramadhan di situlah juga penamat kepada segala amalan yang dilakukan bahkan seharusnya ia menjadi pemangkin diri bagi setiap individu muslim untuk terus berada dalam nikmat ketenangan yang telah dirasai semasa Ramadhan dengan meneruskan dan meningkatkan lagi amal ibadat.
Antara penerusan amalan yang boleh dilaksanakan di bulan Syawal ini adalah puasa Enam, sabda Rasulullah s.a.w : ‘Jika seseorang berpuasa semasa Ramadhan kemudian mengikuti dengan enam hari Syawal,ia adalah seperti berpuasa sepanjang tahun.’ (Riwayat Muslim). Oleh itu marilah kita bersama-sama usahakan untuk melaksanakan puasa enam ini di sepanjang bulan Syawal.
Selain itu, Syawal juga merupakan peluang untuk umat Islam berkumpul dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim serta bermaaf-maafan sesama kita.“Kamu akan melihat orang-orang yang beriman saling berkasih sayang, saling mencintai, saling mengasihi yaitu bagaikan satu tubuh. Apabila satu anggota saja sakit, maka tertariklah bahagian anggota yang lain ikut sakit dengan tidak dapat tidur dan badan panas” (HR. Bukhari Muslim). Walaupun hari raya merupakan masa untuk kita bergembira namun kita perlu mengingati mereka yang kurang bernasib baik berbanding diri kita;mereka yang fakir, miskin dan juga saudara kita di Palestin, Sudan, Kemboja, Iraq, Afghanistan dan di mana jua. Moga ia dapat menambah lagi rasa bersyukur kita serta menggerakkan hati dan anggota untuk bersama-sama membantu mereka yang di dalam kesusahan.
Di bulan yang mulia ini juga sebagai seorang hamba yang beriman kita perlu memperbanyakkan memuji kebesaran Yang Maha Pencipta. “Dan sempurnakanlah puasa kamu mengikut bilangan dari dalam bulan Ramadhan (29 hari atau30 hari) dan bertakbirlah (membesarkan Allah s.w.t.) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kamu, semoga kamu bersyukur.” (Surah al-Baqarah:185)
Oleh itu para sahabat yang dikasihi, janganlah segala usaha dan amalan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan disia-siakan begitu sahaja, terusanlah untuk menggapai redha dan rahmat Allah swt, bertakbir, bertahmid dan berzikirlah memuji kebesarannya dan berdoalah agar ditetapkan iman di hati lebih-lebih lagi syaitan yang dibelenggu ketika Ramadhan telah dilepaskan dan kembali untuk meracuni hati hamba-hamba-NYA.
Bagi kita para pejuang MyJ Kelantan khususnya seharusnya kita mengambil kesempatan untuk bertemu sanak-saudara, bermaaf-maafan di antara kita, melupakan sengketa lama dan berbaik-baik sesama kita. Dalam kita sedang asyik menyambut Hari Raya ini gunakanlah peluang untuk mencari prospek di kalangan sanak-saudara dan rakan taulan untuk menyertai projek kita atau dalam kata lain menjadi rakan kongsi perniagaan kita.
Selamat Berjaya!!!Allahu Akbar, Allahu Akbar, La ilaha illa Allah, Allahu Akbar wa lillahi-l-hamd
0 kata-kata positif:
Post a Comment