Perlawanan Khas : MyJ Kota Baru VS Jabatan Perikanan Negeri Kelantan

Tarikh   : 31 Disember 2009
Tempat : Deen Futsal, Kubang Kerian

Satu perlawanan futsal telahpun diadakan antara pasukan MyJ Kota Bharu menentang pasukan Jabatan Perikanan Negeri Kelantan. Keputusan perlawanan berlangsung dengan kesudahan seri 9-9.


Barisan pemain pasukan MyJ Kota Bharu.



Barisan pemain pasukan Jabatan Perikanan Negeri Kelantan.

Apa yang penting, perlawanan persahabatan ini dapat mengeratkan hubungan MyJ Kota Bharu dengan badan kerajaan persekutuan yang mana ia boleh membentuk hubungan kerjasama serta berkongsi peluang berkenaan projek MyJ kepada mereka yang berminat untuk menambahkan pendapatan terutama kepada golongan sasar yang ingin menambah pendapatan mereka.



DDM Nazri (Awe) berjabat tangan dengan Encik Hamidi Husnin b. Abdullah,
  Penolong Pengarah Perikanan Negeri Kelantan selaku ketua pasukan
selepas sesi perlawanan tamat.





Saudara Mohd Razi b. Ismail (Suparjo) tersenyum puas 
selepas menjaringkan 3 gol semasa perlawanan tersebut.


Hubungan ini pasti lebih utuh dengan adanya sukan ini. Insyallah dengan bersukan, ia boleh menyihatkan badan serta mencari ramai kenalan baru. Disamping mencari rezeki yang HALAL di dunia, kesihatan tubuh badan juga perlu dijaga. Semoga pergerakan kita akan lebih cergas, sihat dan berkualiti. Syabas MyJ KB!!!!

0 kata-kata positif:

Related Posts with Thumbnails