Dalam membina perniagaan, tentu semua usahawan pernah merasa saat di mana apa yang kita tawarkan ditolak.
Ada yang ditolak mentah-mentah, ada yang ditolak dengan alasan, malah ada yang ditolak dengan cacian, jika tidak kena pada caranya.
Ini hanyalah kegagalan kecil. Orang yang tidak pernah gagal adalah orang yang tidak pernah mencuba. Jika tidak pernah mencuba, tidak mungkin orang itu akan berjaya.
Setelah di'reject' 199 kali, bagaimana untuk kita menerima penolakan dengan hati yang gembira untuk kali yang ke-200 ?
Mudah saja.
Manusia berasa berjaya dengan bersandarkan kepada sesuatu kayu ukur. Jadikan penolakan dan ejekan orang lain sebagai motivasi untuk kita bangkit membuktikan pada mereka bahawa kita sebenarnya di landasan yang betul.
Pupukkan sikap positif dalam diri untuk menepis setiap halangan dan dugaan demi perjuangan mencapai matlamat demi masa depan kita.
Orang yang jiwanya lemah akan mencipta sejuta alasan tetapi kita orang yang jiwaku kuat akan mencipta sejuta daya demi cita-cita.
Orang yang tidak pernah gagal adalah orang yang tidak pernah mencuba.
Marilah wahai rakan seperjuanganku kita bangkitlah dengan keberanian berjuang dan berusaha bersungguh-sungguh demi untuk keluarga, agama, bangsa & negara tercinta.
Hidup MyJ !!!
1 kata-kata positif:
Post a Comment