Apa pandangan anda?
Ramai orang takut nak buat loan untuk bisness MyJ kan… Tapi ramai pula yang tak takut untuk buat loan kereta. Padahal loan kereta akan susut nilai. Tp kereta tetap kena beli juga. Penting tu…Bagaimana pula dengan loan untuk berniaga ? sepatutnya kita tak akan takut disebabkan itulah bisness yang akan membawa pembaharuan kepada sumber kewangan kita. Tak salahkan kita mencuba.
Apa yang perlu adalah bermula dari diri kita dahulu. Bagaimana untuk kehadapan sekiranya kita tidak mampu melangkah setapakpun ke hadapan. Apa tunggu lagi. Melangkahlah segera , mulakan langkah dengan penuh gaya dan penuh tanggungjawab.
Bisnes MyJ Project sangat istimewa kerana kita tidak perlu menyewa kedai, tidak perlu mempunyai pekerja, barang tidak pernah luput dan boleh dibawa kemana-mana. Kita hanya perlu mencari rakan kongsi yang mempunyai keazaman dan keinginan yang kuat seperti kita juga. Itu sahaja.Ada orang cakap modalnya terlalu besar.
Percayalah setiap perniagaan memerlukan modal. Tapi bagi saya ia adalah kecil jika dibandingkan dengan membuka sebuah kedai yang memerlukan sekurang-kurangnya 50K, Francais 100k keatas, stesen minyak 250K, pendek kata semua perniagaan memerlukan modal. Logik saya kata, kalau modal besar untung pun besar dan modal kecil untung pun kecil. Nak yang mana ?. Pilih sendiri. Kedua-duanya pun ada kebaikan dan keburukan. Baik kita ambil kebaikan secara maksimum dan buruk/kerugian kita minimumkan.
Realitinya kita mesti yakin dan percaya. Bentukkan kepercayaan adalah dengan merobohkan tembok penghalang “kepercayaan”. Fikir secara mendalam, tenangkan fikiran keluarkan apa-apa sahaja ketidakpercayaan tadi menjadi percaya dan yakin bahawa kita “BOLEH LAKUKAN” dan mempunyai keinginan.
Orang yang tidak mempunyai keinginan, tidak dapat berjaya dalam hidup. Sia-sia sahaja hidup di dunia ini jika tidak mempunyai keinginan. Untuk berjaya dalam kehidupan, kita bukan sahaja dikehendaki mempunyai keinginan. Malah, perlu menambahkan perkataan ‘KUAT’ pada keinginan kita. Keinginan yang kuat, itulah kunci bagi mencapai kejayaan. Amat berbeza antara keinginan dengan keinginan yang kuat. Mempunyai keinginan sahaja menyebabkan kita mengaku kalah apabila bertemu kegagalan, sekalipun tujuan kita adalah untuk menang.
Sebaliknya keinginan yang kuat membuatkan kita terus mengejar impian walaupun anda menemui kegagalan demi kegagalan. Keinginan yang kuat inilah yang mendorong, menolak dan menghalang kita dari berputus asa malah ianya akan memaksa kita bagi meneruskan perjuangan mengejar impian.
Tempat paling layak bagi kita sahabat adalah di hadapan. Paling hadapan sekali, mengatasi yang lain. Tidak sekali-kali hanya menjadi pemerhati, melihat kemenangan orang lain. Kuatkan keinginan, maju kehadapan kearah kejayaan di dunia & akhirat.
0 kata-kata positif:
Post a Comment